Tuesday, March 23, 2010

UNIMAP HASIL PEMBAKAR SATE GRILL YANG BERDAYA SAING

Menerusi kepakaran dan pengetahuan, sekumpulan penyelidik Univerisiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah menghasilkan mesin Sate Grill. Inovasi dihasilkan oleh pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan UniMAP, Muhammed Khairy Md Naim itu mampu mempercepatkan proses pembakaran sate berbanding kaedah manual. Muhammed Khairy berkata, mesin itu mampu membakar 1600 ekor cucuk sate dalam tempoh sejam berbanding 500 hingga 700 cucuk menerusi kaedah manual. Menurut katanya lagi, proses pembakaran sate lebih sekata kerana ia menggunakan alat pemanas haba yang boleh dikawal bersumberkan tenaga elektrik. Selain itu, keadaan ini berupaya memenuhi keperluan sesetengah pelanggan yang mahukan sate yang dibakar separuh masak atau masak dengan mengawal suhu yang ditetapkan.

Beliau juga menjelaskan bahawa pembuatan mesin itu menggunakan 100 peratus peralatan daripada komponen tempatan seperti besi tahan karat serta alat pemanas haba dan ia sesuai digunakan untuk pengeluar sate kecil atau besar. Selain becirikan mudah alih, saiz mesin itu boleh dipelbagaikan megikut keperluan syarikat sama ada mereka mahukan skala pengeluaran sate yang besar ataupun kecil. Mengenai idea inovasi itu, Muhammed Khairy berkata ia adalah hasil daripada pemerhatianny terhadap tabiat pemakanan rakyat negara ini yang sukakan makanan dibakar yang memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan manusia. Hal ini kerana menurut Khairy, kaedah pembakaran menggunakan arang contohnya banyak menghasilkan krbon yang boleh memjejaskan kualiti makanan dan kesihatan sehingga membawa kepada faktor penyebab pelbagai penyakit berbahaya termasuk kanser.

Hasil daripada ilham ini beliau tampil dengan idea menghasilkan Sate Grill yang menggunakan elemen pemanas haba bagi menggantikan penggunaa arang dalam proses membakar sate. Malahan itu, penggunaan Sate Grill juga bersifat mesra alam dan ia menjamin persekitaraan yang bersih berbanding kaedah manual yang sedikit kotor dan pembebasan asap melalui aktiviti pembakaran. Beliau juga turut merancang untuk meluaskan inovasi sama kepada makanan lain seperti jagung, dan ikan namun sebagai permulaan fokusnya tertumpu kepada sate kerana ia antara makanan popular di negara ini. Inovasi Mesin Sate Grillnya juga itu telah diuji di beberapa kafe sekitar Kangar, Perlis dan mendapat reaksi yang positif daripada pengusaha terbabit sekali gus membuktikan produk ciptaanya itu berorientasikan keperluan semasa pasaran.

1 comment:

  1. BOLEH EMAIL HARGA DAN SPESIFIKASI?
    SMS SAYA AHMAD SABRI TERENGGANU

    ReplyDelete