Najib Tun Razak menerima replika satelit RazakSAT daripada Maximus Ongkili pada pelancaran Malaysia Inovatif 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa PICC, Putrajaya.
"Bersaing lebih kompetitif diperingkat global"

Langkah kerajaan mentransformasikan Malaysia melalui proses inovasi menyeluruh merangkumi semua sektor membuktikan komitmen berterusan dalam menjayakan model Ekonomi Baru berasaskan inovasi. Dengan tema "Malaysia Inovatif 2010" konsep inovasi dan kreativiti dalam tadbir urus awam dan swasta, sektor korporat dan industri, kemasyarakatan desa dan bandar, pendidikan dan kesihatan, pengangkutan, keselamatan sosial dan penjenamaan bakal membawa Malaysia bersaing lebih kompetitif di peringkat antarabangsa. Menurut pandangan Naib Canselor Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM), Prof Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hassan Shahabudin mengenai bidang inovasi dan peranan institusi pengajian tinggi (IPT) dalam menjayakan program ini, menurut beliau proses inovasi tidak lengkap dan tidak menjadi bermakna jika usaha mengkomersialkan produk dan perkhidmatan hasil idea inovatif itu gagal dijayakan. Jadi, usaha dan komitmen kerajaan menjadikan inovasi sebagai pemacu utama model Ekonomi Baru ini memerlukan instrumen khusus bagi mengawal selia hal berkaitan.
Malahan itu, menurut beliau lagi selaku universiti penyelidikan, UKM memfokuskan menjana ilmu pengetahuan dan aplikasinya bagi kesejahteraan rakyat dan menambah kekayaan negara. Dalam kata lain, kita sentiasa berusaha memberi nilai baru kepada mereka sama ada pelajar, ibu bapa, kerajaan, industri, masyarakat dan pasaran. Bagi menjayakan model Ekonomi Baru, UKM menubuhkan syarikat terbitan universiti (STU atau university start-up company) untuk memilih model atau tapak-jalan STU bagi mengkomersialkan penyelidikan yang dilindungi harta intelek. Selain itu, STU juga menjalinkan kerjasama dengan industri untuk memberi manfaat dari segi pulangan baik pengalaman dan ilmu mengenai pengkomersialan kepada penyelidik dan pelajar. UKM juga melancarkan Kelab Tekno Usahawan Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia Unitech dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDEC) yang menggalakkan budaya inovasi dan keusahawanan di kalangan pelajar di 13 kolej kediaman. Untuk program diperingkat sekolah, UKM telah menjalin kerjasama dengan UEM Group membangunkan 'Projek Micro-Controller Mentoring Programme Di sekolah: Satu Inisatif Untuk Memupuk Minda Inovatif di Kalangan Pelajar'. Semua ini antara usaha yang giat dijalankan UKM, dan pelbagai lagi perancangan sedang diatur untuk menjayakan Model Ekonomi Baru ini.
Di samping itu, UKM juga turut melancarkan Pohon Ilmu dan Inovasi yang mempunyai pertalian yang hampir iaitu melalui konsep Pohon Ilmu dan Inovasi ini, kita dapat mencipta satu ikon bagi melambangkan ekosistem inovasi di UKM. Akar-akar pohon ini adalah simbolik kepada individu dan kumpulan pelbagai disipilin, termasuk pelajar yang masing-masing memiliki kepakaran, akal fikiran dan idea kreatif saling menyokong antara satu sama lain. Akar-akar ini juga mewakili lapan bidang kekuatan yang kita miliki dan dari akal inilah lahirnya ilmu dan teknologi yang disalurkan oleh batang pokok itu ke dahan yang menghasilkan tunas baru, bunga dan buah. Setiap dahan adalah peluang dalam aplikasi contohnya perkomersialan, pendidikan, penggubalan dasar, strategi dan projek serta khidmat masyarakat. Buah yang dihasilkan pula akan menjadi inovasi baru yang dapat menarik pelanggan sehingga membuatkan pelanggan sanggup memilikinya walau pun dijual pada harga yang tinggi. UKM juga merancang untuk mengadakan acara simbolik penanaman pohon ini pada 20 Mac depan yang dijadualkan dihadiri oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah.

No comments:
Post a Comment