Friday, March 26, 2010

VIDEO CARA-CARA MEMBUAT LORI MAINAN DARIPADA BARANGAN TERPAKAI

video

Ini lah hasil video yang kumpulan kami buat mengenai Alatan Bantuan Mengajar (ABM) iaitu cara-cara membuat lori mainan daripada barangan terpakai. Harap video ini sedikit sebanyak dapat memberi input yang berkesan terhadap mereka yang melihatnya.

Tuesday, March 23, 2010

MEMBUAT LORI MAINAN DARIPADA BAHAN-BAHAN TERPAKAI






Kumpulan kami telah membuat Alat Bantuan Mengajar (ABM) iaitu membuat Model Lori Mainan daripada bahan-bahan terpakai. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah :-
1. Kotak Ubat Gigi.
2. Gunting.
3. Stapler.
4. Tukul dan Paku.
5. Penutup Botol
6. Lidi
Alat Bantuan Mengajar ini dibuat bagi tujuan membantu pelajar mereka cipta sesuatu barangan daripada bahan terpakai. Selain itu, kita dapat mendedahkan kepada pelajar subjek kemahiran dan menarik minat mereka untuk berinovasi melalui reka cipta.

GAMBAR yang disiarkan oleh sebuah akhbar di Britain menunjukkan seorang pelajar perempuan menggunakan talian kabel di Rio Negro, Colombia.

BOGOTA - Beberapa pelajar sekolah rendah bergayut pada talian kabel dengan ketinggian lebih 396.24 meter semasa menyeberangi gaung di Rio Negro, Colombia untuk berulang-alik ke sekolah, lapor sebuah akhbar semalam. Pelajar-pelajar itu bergayut pada kabel yang direka supaya mereka menuruni dari sebuah bukit untuk menuju ke sebuah bukit lain selaju 64 kilometer sejam ke sebuah pekan berdekatan.

Pengguna-pengguna kabel itu menggunakan sejenis peralatan kayu seperti garpu untuk mengawal kelajuan. Kemudahan itu disediakan untuk sejumlah keluarga yang tinggal 63.37 kilometer dari ibu negara Colombia, Bogota di Amerika Selatan.

Petani-petani turut menggunakan kabel itu bagi mengangkut barangan sejauh hampir satu kilometer kerana ia cuma satu-satunya akses untuk pergi ke sebuah pekan berhampiran. Jurugambar yang juga seorang penulis, Christoph Otto telah merakamkan gambar-gambar pelajar sekolah rendah yang menggunakan talian kabel itu dan disiarkan di sebuah akhbar di Britain

UNIMAP HASIL PEMBAKAR SATE GRILL YANG BERDAYA SAING

Menerusi kepakaran dan pengetahuan, sekumpulan penyelidik Univerisiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah menghasilkan mesin Sate Grill. Inovasi dihasilkan oleh pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan UniMAP, Muhammed Khairy Md Naim itu mampu mempercepatkan proses pembakaran sate berbanding kaedah manual. Muhammed Khairy berkata, mesin itu mampu membakar 1600 ekor cucuk sate dalam tempoh sejam berbanding 500 hingga 700 cucuk menerusi kaedah manual. Menurut katanya lagi, proses pembakaran sate lebih sekata kerana ia menggunakan alat pemanas haba yang boleh dikawal bersumberkan tenaga elektrik. Selain itu, keadaan ini berupaya memenuhi keperluan sesetengah pelanggan yang mahukan sate yang dibakar separuh masak atau masak dengan mengawal suhu yang ditetapkan.

Beliau juga menjelaskan bahawa pembuatan mesin itu menggunakan 100 peratus peralatan daripada komponen tempatan seperti besi tahan karat serta alat pemanas haba dan ia sesuai digunakan untuk pengeluar sate kecil atau besar. Selain becirikan mudah alih, saiz mesin itu boleh dipelbagaikan megikut keperluan syarikat sama ada mereka mahukan skala pengeluaran sate yang besar ataupun kecil. Mengenai idea inovasi itu, Muhammed Khairy berkata ia adalah hasil daripada pemerhatianny terhadap tabiat pemakanan rakyat negara ini yang sukakan makanan dibakar yang memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan manusia. Hal ini kerana menurut Khairy, kaedah pembakaran menggunakan arang contohnya banyak menghasilkan krbon yang boleh memjejaskan kualiti makanan dan kesihatan sehingga membawa kepada faktor penyebab pelbagai penyakit berbahaya termasuk kanser.

Hasil daripada ilham ini beliau tampil dengan idea menghasilkan Sate Grill yang menggunakan elemen pemanas haba bagi menggantikan penggunaa arang dalam proses membakar sate. Malahan itu, penggunaan Sate Grill juga bersifat mesra alam dan ia menjamin persekitaraan yang bersih berbanding kaedah manual yang sedikit kotor dan pembebasan asap melalui aktiviti pembakaran. Beliau juga turut merancang untuk meluaskan inovasi sama kepada makanan lain seperti jagung, dan ikan namun sebagai permulaan fokusnya tertumpu kepada sate kerana ia antara makanan popular di negara ini. Inovasi Mesin Sate Grillnya juga itu telah diuji di beberapa kafe sekitar Kangar, Perlis dan mendapat reaksi yang positif daripada pengusaha terbabit sekali gus membuktikan produk ciptaanya itu berorientasikan keperluan semasa pasaran.

TINGKATKAN KUALITI KHIDMAT JALUR LEBAR UNTUK PENGGUNA


RAKYAT mampu mencapai tanda aras yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dalam mentransformasikan negara ke arah masyarakat berpengetahuan dan ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Ia boleh dicapai menerusi usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam memperluaskan rangkaian untuk menjamin capaian maklumat dan perkhidmatan yang lebih adil di seluruh negara. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berkata, kerajaan kini sedang menyusun semula spektrum jalur lebar berhubung penggunaan frekuensi. Apabila selesai kelak, ia bukan sahaja dapat memberi faedah kepada pemain besar (big player), malah kepada pemain sederhana dan pemain kecil. Menurutnya, dalam konteks itu, kerajaan akan melihat semula dana USB agar kemudahan menyeluruh dapat diberi kepada semua lapisan masyarakat sama ada di bandar, luar bandar atau pedalaman.

"Pelbagai aspek akan dilihat semula seperti kos, kelajuan, kualiti dan perkhidmatan yang akan menjadi satu penanda aras sebagai panduan kepada SKMM serta industri komunikasi dan multimedia tempatan dalam memastikan objektif dasar Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) dicapai," katanya pada majlis Taklimat Mengenai Inisiatif Jalur Lebar Negara di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Taklimat itu disampaikan oleh pegawai kanan SKMM, Zamani Zakaria. Dalam taklimat itu, Rais memberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan projek Inisiatif Jalur Lebar Negara dan Jalur Lebar Kelajuan Tinggi pada pukul 8.00 malam, 24 Mac ini (esok) di Dataran Merdeka. Pada majlis itu, Najib akan mengumumkan beberapa perkara penting berkaitan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) dan jalur lebar untuk orang awam. Menurutnya, orang awam yang dimaksudkan itu adalah mereka yang tinggal di bandar- bandar kecil, kawasan kampung, luar bandar dan pedalaman di seluruh negara. Beliau berkata, pengumuman itu penting bagi meningkatkan kefahaman rakyat terhadap persediaan dan pelaksanaan projek NBI terutama dalam aspek menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada penduduk di kawasan luar bandar. Pada majlis itu kelak, Najib akan mengumumkan persediaan-persediaan khidmat jalur lebar di kawasan luar bandar termasuk kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.

Datuk Seri Rais Yatim juga berkata kerajaan tidak mahu timbul kritikan bahawa projek jalur lebar hanya disediakan untuk orang bandar sahaja, manakala orang susah di luar bandar terpinggir daripada menikmati kemudahan tersebut. Justeru, antara perkara yang akan diumumkan adalah persediaan dan pelaksanaan khidmat jalur lebar di bandar dan luar bandar. Terdapat dua jenis jalur lebar yang akan dilaksanakan iaitu jalur lebar untuk orang awam dan HSBB. Untuk HSBB, tahap kelajuan akan diukur semula agar ia dapat memberi kelapangan kepada sektor swasta sekali gus mampu menarik pelabur luar untuk membuat pelaburan di negara ini. Manakala jalur lebar untuk orang awam pula, perkhidmatan yang disediakan kelak lebih menjurus kepada persediaan asas sahaja iaitu menyediakan tahap kelajuan sederhana yang boleh memacu pendidikan dan ekonomi masyarakat," tambahnya. Mengulas lanjut, Datuk Seri Rais Yatim berkata, antara lain visi NBI adalah bertindak sebagai pembolehcara dan pelengkap kepada Model Ekonomi Baru (NEM) iaitu menyediakan infrastruktur bertaraf dunia untuk pembangunan aplikasi dan kandungan; akses kepada rangkaian generasi akan datang berasaskan Internet Protocol (IP) untuk Internet berkelajuan tinggi dan perkhidmatan baru serta mencapai 50 peratus penembusan jalur lebar isi rumah pada akhir tahun 2010 sekali gus menyumbang satu peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta mewujudkan 135,000 peluang pekerjaan baru. NBI juga akan memacu ekonomi negara dan keperluan itu meliputi seluruh negara termasuk kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak serta kampung-kampung kecil di Semenanjung Malaysia.


HELMET PENGESAN OTAK

SEORANG peserta pameran gajet berteknologi menunjukkan helmet EEG yang ringan dan dapat mengesan aktiviti seleberal dalam otak manusia.

Dengan menggunakan helmet ini, orang ramai dapat melihat darjah ketenangan seseorang yang menggunakannya. Otak merupakan organ yang menjadi pusat kawalan utama tubuh seseorang. Ia menerima maklumat melalui deria dari dalam dan luar tubuh. Otak menganalisis maklumat dan kemudian menghantar utusan kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya. Ia merupakan punca fikiran, mood dan emosi. Kecanggihan teknologi menyebabkan pereka dapat mencipta alatan yang dapat mengesan aktiviti seleberal dalam otak manusia.

USM HASIL PENYADUR KALIS UV


DR. SHAROM (kiri) menyembur Kit Penapisan Nano Sinar UV (Ultra Ungu) pada payung semasa membuat demonstrasi di USM, Pulau Pinang

Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menghasilkan Kit Penapisan Nano Sinar Ultra Ungu (UV) yang menjadi penyebab utama kanser kulit dan kanser mata di dunia. Hasil penyelidikan selama lima tahun pensyarah Pusat Pengajian Sains Fizik USM, Dr. Sharom Mahmud berjaya membangunkan Kit Penapisan Nano ZT-UV yang pertama seumpamanya di dunia. Kit yang dibangunkan menerusi Geran Penyelidikan USM itu juga dinobatkan sebagai Produk Terbaik dan menerima Anugerah Pingat Emas di Pameran Malaysia Technology Expo 2010 yang berlansung di Kuala Lumpur pada Februari lalu.

Menurut Sharom, hasil penyelidikannya mengenai partikel nano berjaya menemui kaedah termaju dan termurah membangunkan nano zinc oxide yang merupakan bahan terbaik bagi menghalang agen-agen sinar UV. Katanya, kit yang dihasilkan dengan kerjasama dua pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan USM, Profesor Madya Dr. Hazizan Md. Akil dan Dr. Ong Hui Lin itu mampu memberi perlindungan 100 peratus daripada sinar UV. "Ujian makmal ke atas payung yang disembur dengan Nano ZT-UV menunjukkan penyerapan sinar UV amat hebat sehingga 0.1 peratus berbanding 2.3 peratus tanpa kit ini. "Bahan zinc oxide yang digunakan pula mempunyai ciri-ciri biologi yang selamat selain menepati piawaian keselamatan yang diiktiraf Agensi Keselamatan Kesihatan (FDA) dari Amerika Syarikat," katanya kepada pemberita di sini.

Sidang akhbar itu turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa USM, Profesor Ahmad Shukri Mustapa Kamal. Sharom memberitahu, kit berkenaan kini telah pun dihasilkan dalam bentuk aerosol dan dijangka memasuki pasaran dalam tempoh setahun lagi melalui kerjasama USM dengan rakan industri terpilih dengan jangkaan harga sekitar RM10 setin. "Kit ini merupakan inovasi termaju dan paling mudah serta praktikal bagi melindungi manusia daripada pancaran sinar UV secara langsung," jelasnya.